Soalan Lazim

Am

Bilakah permohonan akan dibuka untuk Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional?

Permohonan dibuka pada 15 Julai 2020.

Siapakah pengawal selia yang dimaksudkan?

Jabatan atau agensi Kerajaan yang menyelia peraturan dan undang-undang yang  mengawal selia industri berkaitan.

Siapakah agensi pelaksana NTIS?

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerajui NTIS dengan sokongan Sekretariat NTIS yang terdiri daripada MaGIC, TPM, MIMOS dan Futurise dalam menyelaras dan memudah cara  pelaksanaannya.

Bagaimana untuk menjadi rakan kongsi kepada NTIS?

Kami mengalu-alukan lebih ramai rakan kongsi untuk bekerjasama sebagai pakar teknologi dan industri, pelabur, penyedia kemudahan fasiliti dan program. Sila emel kepada ntis.enquiries@sandbox.gov.my

Apakah maksud “Tahap Ketersediaan Teknologi” (TRL)?

TRL adalah kaedah untuk menentukan kematangan teknologi ketika fasa pemerolehan program yang dibangunkan oleh NASA. Ianya dibahagikan kepada 9 tahap seperti berikut:

TRL 1 – Idea
Prinsip asas dipatuhi dan dilaporkan

TRL 2 – Inovasi bermula
Prinsip asas dipatuhi supaya aplikasi praktikal boleh dibangunkan

TRL 3 – Konsep Pembuktian
Kajian analitik dan makmal diperlukan untuk melihat sekiranya teknologi adalah berdaya maju

TRL 4 – Ujian komponen
Ujian makmal bagi komponen prototaip

TRL 5 – Pembangunan prototaip
Ujian makmal bagi sistem bersepadu

TRL 6 – Pengujian Alfa
Sistem prototaip didemonstrasikan dalam persekitaran operasi

TRL 7 – Pengujian Beta
Reka bentuk lengkap dan diuji dalam persekitaran sebenar

TRL 8 – Pensijilan
Terbukti berfungsi dalam keadaan yang dijangka serta diperakui untuk digunakan

TRL 9 – Sistem terbukti berfungsi dengan berjaya
Sedia untuk kegunaan komersial

Kriteria Kelayakan

Siapa boleh memohon NTIS?

Rakyat Malaysia atau syarikat milik Malaysia.Pemohon utama mestilah merupakan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan menetap di negara ini.

Berapa lamakah proses permohonan NTIS?

Permohonan akan diproses mengikut kohort (kumpulan). Setiap kohort dijangka memerlukan 31 hari bekerja untuk pemprosesan tertakluk kepada borang maklumat yang lengkap.

Pemohon akan dimaklumkan mengenai status permohonan melalui emel sebaik sahaja permohonan mereka disaring.

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional?

Permohonan dibuka mulai 15 Julai 2020. Borang dalam talian boleh didapati di www.sandbox.gov.my.

Adakah prototaip diperlukan?

Penyelesaian pemohon NTIS mesti berada pada Tahap Ketersediaan Teknologi (TRL) 6. TRL adalah kaedah untuk menentukan kematangan teknologi ketika fasa pemerolehan program yang dibangunkan oleh pihak NASA.

Bagaimanakah NTIS akan memastikan bahawa idea yang dikemukakan oleh pemohon tidak dikongsi, dijual atau dicuri?

Hanya konsep tahap tinggi diperlukan bagi proses permohonan awal. Idea yang dikemukakan akan menerima emel perakuan daripada pihak sekretariat dan merupakan konsep tahap tinggi.

Borang permohonan yang diterima akan disimpan secara sulit dan hanya boleh diakses oleh pihak urus setia sahaja.

Adakah  terdapat had kepada bilangan permohonan yang boleh dihantar oleh setiap pemohon?

Tiada had kepada bilangan permohonan tetapi semua pemohon digalakkan untuk memohon mengikut keutamaan.

Adakah terdapat yuran permohonan?

Tiada sebarang yuran permohonan yang dikenakan.

Apakah bidang teknologi yang diterima untuk NTIS?

NTIS terbuka untuk semua jenis teknologi dengan keutamaan diberikan kepada teknologi seperti berikut:

1. 5G / 6G
2. Teknologi Sensor
3. Cetakan 4D / 5D
4. Bahan Termaju
5. Sistem Kecerdasan Termaju
6. Analitik Terimbuh & Pemulihan Data
7.  Blok Rantai
8. Teknologi Neuro
9. Teknologi Biosains
10. Robotik
11. Teknologi Buatan
12. Elektrik & Elektronik
13. Penyulitan & Keselamatan Siber
14. Dron

NTIS boleh mempertimbangkan teknologi asing dengan syarat penyelesaian dimiliki oleh syarikat pemilikan yang majoriti rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, penyelesaian ini tidak layak untuk pembiayaan di bawah MTDC.

Apakah permohonan Laluan Pantas (Green Lane)?

Bagi memastikan permohonan dipertimbangkan untuk Laluan Pantas (Green Lane), pemohon perlu memperolehi pembiayaan daripada kementerian, agensi kerajaan atau syarikat milik kerajaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Laluan Pantas (Green Lane), sila rujuk panduan di dalam borang permohonan.

Kriteria Pemilihan

Apakah kriteria untuk permohonan NTIS?

Rakyat Malaysia atau Syarikat Milik Rakyat Malaysia

Syarikat asing – Pelan Usaha Sama (Joint Venture) / penggabungan entiti yang dimiliki oleh rakyat Malaysia apabila permohonan diluluskan

Tahap Ketersediaan Teknologi (TRL) pada  peringkat 6 (Prototaip Sedia Komersial) dan ke atas

Mempunyai bukti pemilikan teknologi / kebenaran untuk mengguna pakai teknologi

Masalah & isu berkaitan dengan akses pasaran/ peraturan pengawal seliaan

Matlamat Sandbox Inovasi & Teknologi Nasional

Apakah tujuan NTIS?

Untuk memacu perkembangan bakat agar negara mencapai potensi untuk menjadi negara berteknologi tinggi

Untuk meningkatkan produktiviti sektor melalui penggunaan teknologi termaju.

Untuk mempercepatkan proses R&D dan pengkomersialan dengan kerjasama pihak pengawal selia dalam melonggarkan undang-undang dan peraturan bagi persekitaran pengujian terkawal.

Untuk meningkatkan platform infrastruktur digital dan teknologi di Malaysia.

Meningkatkan kadar pengkomersialan dan inovasi.

Keberhasilan NTIS

Menangani cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dan kerajaan di peringkat tempatan, Persekutuan dan nasional seperti berikut:

Mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing.

Meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) / Keluaran Negara Kasar (KNK).

Meningkatkan penglibatan, pelaburan dan kolaborasi dalam penyelidikan oleh sektor swasta.

Meningkatkan kadar pengkomersialan dan inovasi.

Dana

Apakah Peranan MTDC dalam Program NTIS?

Penglibatan MTDC adalah bertujuan untuk membiaya produk/teknologi/perkhidmatan hasil R&D atau inovasi tempatan yang berkaitan dari peringkat prototaip ke peringkat pengkomersialan yang telah layak untuk program National Technology & Innovation Sandbox. Pembiayaan ini adalah untuk memberikan akses kewangan kepada syarikat-syarikat PKS/startup untuk membangunkan dan menjalankan proses pengesahan (validation process) ataupun pengkomersialan  produk/teknologi/perkhidmatan hasil R&D atau inovasi dalam persekitaran yang terkawal (sandbox). Selain itu, MTDC juga bertanggungjawab untuk memantau penggunaan dana yang diluluskan.

Apakah jenis-jenis dana yang ditawarkan oleh MTDC melalui program NTIS?

Terdapat empat jenis dana yang ditawarkan oleh MTDC melalui program NTIS iaitu:

Dana Sandbox 1 (Sandbox Satu Tapak);

Dana Sandbox 2 (Sandbox Pelbagai Tapak);

Dana Sandbox 3 (Sandbox Pengkomersialan); dan

Dana Sandbox 4 (Sandbox Korporat).

Adakah projek akan dibiayai sepenuhnya?

Bagi Dana Sandbox 1, pembiayaan adalah secara 100 peratus daripada kos yang layak dibiaya* dengan kuantum maksimum yang telah ditetapkan.

Bagi Dana Sandbox 3 & 4, pembiayaan adalah secara 70 peratus daripada kos yang layak dibiaya* dengan kuantum maksimum yang telah ditetapkan.

*Kos yang layak dibiaya termasuk, tetapi tidak terhad kepada senarai berikut:

Kos Perlesenan Teknologi/Yuran Khidmat Nasihat;

Pembelian Mesin & Peralatan (Dana Sandbox 3 & 4 sahaja);

Kos Pendaftaran Produk/Kawal selianan Produk;

Kos Pembuatan;

Pendaftaran Harta Intelek;

Aktiviti Pengesahan Teknologi dan Pasaran;

Kos Pemasaran dan Promosi (Dana Sandbox 3 & 4 sahaja); dan

Kos Operasi.

Siapakah yang layak mendapat pembiayaan di bawah program ini?

Mana-mana syarikat yang berdaftar di Malaysia di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, kecuali perniagaan milikan tunggal. Kelayakan bagi setiap dana tertakluk kepada syarat dan kriteria tambahan yang telah ditetapkan bagi dana tersebut.

Apakah bentuk pembiayaan yang disediakan oleh MTDC di dalam program National and Technology Innovation Sandbox ini - Geran, Pinjaman atau Ekuiti?

Bagi Dana Sandbox 1 dan 2 pembiayaan adalah dalam bentuk geran.

Bagi Dana Sandbox 3, pembiayaan adalah dalam bentuk geran dan Nota Janji Tukar Hutang.

Bagi Dana Sandbox 4, mekanisme pembiayaan akan ditentukan berdasarkan persetujuan bersama di antara MTDC dan bakal pelabur tersebut.

Berapakah kuantum pembiayaan?

Kuantum pembiayaan antara RM250,000 ke RM4 juta bergantung kepada skim dana yang ditawarkan.

Bagaimanakah cara pembayaran dana akan dibuat?

Bagi Dana Sandbox 1 & 2, pembayaran dana akan dibuat mengikut penjadualan batu tanda.

Manakala bagi Dana Sandbox 3, pembayaran dana akan dibuat berdasarkan pembayaran sepadan, bergantung kepada permohonan syarikat.

Apakah kriteria asas untuk layak memohon pembiayaan di bawah program NTIS?

Pemohon berjaya terpilih menyertai program NTIS.

Pemohon hendaklah syarikat yang berdaftar di Malaysia di mana sekurang-kurangnya 51% adalah hak milik warganegara Malaysia dan berpengkalan di Malaysia.

Apakah proses permohonan Dana Sandbox?

Permohon yang berminat untuk menyertai Program NTIS perlu memohon untuk program tersebut melalui laman sesawang www.sandbox.gov.my.

Setelah permohonan syarikat diluluskan oleh Sekretariat NTIS, pihak Sekretariat NTIS akan memaklumkan MTDC dan pegawai MTDC akan menghubungi syarikat yang berjaya untuk langkah permohonan dana selanjutnya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan Dana Sandbox?

Tempoh pembiayaan Dana Sandbox adalah seperti berikut:-

Dana Sandbox 1: 6 bulan

Dana Sandbox 2: 6 bulan

Dana Sandbox 3: 18 bulan

Dana Sandbox 4: Di antara 6 hingga 18 bulan bergantung kepada keperluan projek.

Bagaimanakah saya dapat menghubungi pihak Dana Sandbox?

Anda boleh menghantar e-mel kepada sandbox@mtdc.com.my