Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) adalah kemudahan yang membolehkan penyelidik, penginovasi, syarikat pemula dan usahawan berteknologi tinggi untuk menguji produk, perkhidmatan, model perniagaan dan mekanisme penyampaian dalam persekitaran secara langsung.
Sebagai pusat penyelarasan dan pemudahcara penyelesaian nasional, NTIS memberi kelonggaran kepada proses terpilih atau keseluruhan dan/atau keperluan kawal selia untuk mempercepat pembangunan penyelesaian inovatif daripada peringkat penyelidikan & pembangunan kepada peringkat yang sedia untuk dikomersialkan.
Phase 01
Idea Development & Validation
Phase 02
Product Efficacy Development
Phase 03
Product Development & Approval for Market Adoption
Terbuka kepada teknologi, produk, penyelesaian dan penyelidikan & pembangunan untuk sektor keutamaan, mengikut keperluan semasa.
Permohonan dibuka pada 15 Julai 2020.
Rakyat Malaysia atau syarikat milik Malaysia. Pemohon utama mestilah merupakan rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan menetap di negara ini.
Permohonan akan diproses mengikut kohort (kumpulan). Setiap kohort dijangka memerlukan 31 hari bekerja untuk pemprosesan, tertakluk kepada borang maklumat yang lengkap.
Pemohon akan dimaklumkan mengenai status permohonan melalui emel sebaik sahaja permohonan mereka disaring.