Majlis Sambutan Pencapaian 5 Tahun & Hala Tuju NTIS

February 13, 2026

setia city convention centre

Diadakan sempena Majlis Simposium 5 Tahun National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) pada 12 Februari 2026 bertempat di Setia City Convention Centre. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs.Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Prof. Dr. Rofina Yasmin Othman, Pengerusi MRANTI, dan YBrs. Ashran Dato’ Ghazi, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran wakil sekretariat utama program NTIS iaitu MIMOS, Futurise dan MTDC.

Sepanjang tempoh lima tahun pelaksanaan, NTIS telah menyokong pengkomersialan 101 teknologi tempatan dengan nilai keseluruhan RM171.8 juta, serta mewujudkan 333 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Di samping itu, sebanyak 14 produk dan penyelesaian teknologi tempatan telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan nilai eksport mencecah RM122.8 juta. Pencapaian ini membuktikan keberkesanan model sandbox dalam merapatkan jurang antara idea dan pasaran, di samping memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pengeluar teknologi yang berdaya saing.

Melangkah ke hadapan, NTIS komited untuk terus mempercepatkan penerapan teknologi tempatan ke pasaran serantau dan global demi impak sosioekonomi yang mampan.

Layari www.sandbox.gov.my untuk maklumat lanjut.

radar
Overview
attach_money
Fundings
view_in_ar
Sandbox
article
Apply Now